faq ejen hartanah

FAQ Ejen Hartanah – 10 soalan lazim mengenai ejen hartanah berdaftar

faq ejen hartanah

1. Apakah tugas ejen hartanah?

Jawapan:
Ejen hartanah membantu anda dalam proses jual, beli atau sewa rumah secara profesional. Kami uruskan semua dari awal hingga akhir — termasuk penilaian harga rumah, pemasaran, cari pembeli/penyewa yang sesuai, semakan pinjaman dan urusan peguam. Anda tak perlu pening kepala, semua diuruskan dengan selamat dan sah dari segi undang-undang.

2. Kenapa perlu guna ejen hartanah berdaftar?

Jawapan:
Ejen hartanah berdaftar dilantik di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Ini penting untuk lindungi anda dari risiko ditipu oleh ejen haram. Ejen berdaftar juga wajib ikut etika kerja, jujur dan telus dalam urusan hartanah anda.

3. Berapa caj servis ejen hartanah?

Jawapan:
Kadar caj standard ialah 3% dari harga jual rumah, tidak termasuk cukai SST. Caj ini hanya dibayar apabila rumah berjaya dijual. Untuk pembeli, servis selalunya percuma, kerana ejen dibayar oleh penjual. Kos ini berbaloi kerana anda dapat servis menyeluruh dan jimat masa serta tenaga.

4. Saya nak jual rumah, apa prosesnya?

Jawapan:
Proses jual rumah bermula dengan semakan geran, status rumah, harga pasaran, dan kelayakan jualan. Ejen akan bantu anda:

  1. Tentukan harga sesuai.
  2. Ambil gambar profesional.
  3. Iklan rumah di portal hartanah utama.
  4. Uruskan lawatan pembeli.
  5. Runding harga & bantu proses guaman.
    Semua ini akan dipantau hingga duit masuk ke akaun anda!

5. FAQ Ejen hartanah bantu cari rumah mengikut bajet?

Jawapan:
Ya! Kami bantu pembeli cari rumah ikut bajet, lokasi dan jenis rumah yang sesuai (teres, apartment, subsale, rumah baru atau lelong). Kami juga bantu semak kelayakan pinjaman supaya anda tak buang masa tengok rumah yang tak mampu.

6. Rumah saya belum ada geran, boleh jual ke?

Jawapan:
Boleh, dengan syarat tertentu. Rumah tanpa geran (contoh: rumah under consent, master title) masih boleh dijual, tapi perlukan semakan lanjut. Ejen berpengalaman akan bantu semak status rumah anda dan rujuk peguam untuk pastikan urusan sah.

7. FAQ Ejen hartanah cover area mana?

Jawapan:
Saya fokus kawasan Kuantan, Indera Mahkota, Bukit Setongkol, Balok, Beserah, Gambang dan sekitar Pahang. Tapi saya juga ada rangkaian ejen di negeri lain jika anda perlukan bantuan luar kawasan. Lihat lagi FAQ Ejen Hartanah yang seterusnya.

8. Berapa lama proses jual beli rumah ambil masa?

Jawapan:
Tempoh biasa ialah 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada kelulusan pinjaman, status geran rumah dan kerja guaman. Rumah tanpa pinjaman (tunai) lebih cepat. Kami akan pastikan semuanya berjalan lancar dan kemas kini anda dari masa ke semasa.

9. Saya pembeli rumah pertama, boleh minta nasihat?

Jawapan:
Sudah tentu! Kami bantu anda dari A sampai Z:
✅ Semak kelayakan loan
✅ Terangkan proses beli rumah
✅ Cadangkan lokasi & jenis rumah ikut bajet
✅ Bantu mohon pinjaman & urusan guaman
Kami faham proses beli rumah pertama boleh mengelirukan, jadi kami akan bantu anda langkah demi langkah. Lihat lagi FAQ Ejen Hartanah yang seterusnya.

10. Macam mana nak hubungi ejen hartanah?

Jawapan:
Mudah je! Klik butang WhatsApp, isi borang di website, atau terus hubungi saya di 0189158599. Saya akan respon secepat mungkin untuk bantu anda jual atau cari rumah impian.

Berikut adalah FAQ Ejen Hartanah. Semoga mendapat manfaat dari FAQ ini. Sebarang pertanyaan, boleh klik link whatsapp di sebelah kanan atau isi borang ini.

Ada sebarang soalan dari faq ejen hartanah ini?

faq ejen hartanah kuantan

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik