Cara Kira Kelayakan Loan Rumah Guna Gaji Bulanan Anda [2025]
Nak beli rumah, tapi tak tahu rumah harga berapa yang mampu anda beli?
Soalan paling kerap saya terima sebagai ejen hartanah ialah:
“Saya gaji RM3,000, boleh beli rumah berapa?”
Jangan risau. Dalam artikel ni saya akan tunjuk langkah-langkah cara kira kelayakan loan rumah guna gaji anda, siap dengan contoh & tips yang senang faham.
– hartalaris.com

๐ฐ Kenapa Penting Kira Kelayakan Loan Rumah?
Ramai pembeli rumah pertama terburu-buru pilih rumah tanpa tahu kelayakan sebenar.
Akhirnya:
- Loan tak lulus
- Terpaksa cari rumah lain
- Hilang duit booking
Dengan buat kiraan awal, anda boleh fokus cari rumah ikut bajet sebenar dan jimat masa.
๐ Formula Asas kira Kelayakan Loan Rumah
Bank akan tengok Debt Service Ratio (DSR) โ nisbah komitmen bulanan berbanding pendapatan bersih.
Formula mudah DSR:
( Jumlah Komitmen Bulanan รท Gaji Bersih ) x 100%
Kebanyakan bank hadkan DSR antara 60% hingga 70%.
๐งฎ Contoh kira Kelayakan Loan Rumah
โ Contoh 1: Gaji RM3,000, Komitmen RM500
| Butiran | Nilai (RM) |
|---|---|
| Gaji Bersih | 3,000 |
| Komitmen Lain (kereta/PTPTN) | 500 |
| Had DSR (70%) | 2,100 |
| Baki untuk loan rumah | 1,600 |
Anggaran harga rumah layak: RM300,000 ke bawah
(Secara kasar: setiap RM100,000 loan = RM500 bayaran bulanan untuk 35 tahun)
๐ฅ Tools & Kalkulator Online
Nak cepat & mudah? Guna kalkulator online:
๐ Dokumen Yang Diperlukan Untuk kira Kelayakan loan rumah
Untuk buat semakan awal (pre-qualification), anda perlukan:
- Slip gaji 3 bulan
- Penyata bank 3 bulan
- Salinan IC
- EPF Statement
- Komitmen bulanan (pinjaman lain)
Kalau anda kerja sendiri atau tak ada slip gaji? Masih boleh!
Sediakan:
- SSM (daftar perniagaan)
- Penyata bank bisnes 6 bulan
- e-Filing (Borang BE)
๐ณ Apa Maksud Komitmen Bulanan dalam Kira kelayakan Loan Rumah?
Ramai masih keliru apa yang dikira sebagai komitmen bulanan. Ini penting sebab ia terus mempengaruhi jumlah kelayakan pinjaman perumahan anda.
Contoh komitmen bulanan:
- Bayaran pinjaman kereta
- Bayaran PTPTN
- Ansuran perabot (AEON, Courts)
- Bayaran kad kredit (minimum payment)
- Komitmen loan lain (ASB Financing, Personal Loan)
๐ก Nota penting:
Jika anda ada kad kredit RM10,000 tapi tak guna, bank tetap kira 5% dari had tu sebagai komitmen. Jadi, tutup kad kredit yang tak guna boleh bantu naikkan kelayakan loan!
๐ฆ Bank Mana Paling Mudah Luluskan Loan Rumah?
Ini soalan yang selalu ditanya:
“Bank mana paling senang lulus?”
Jawapannya: Ia bergantung kepada jenis pekerjaan & komitmen anda.
Secara umum:
- Maybank โ suka pelanggan gaji tetap & sejarah kredit bagus
- CIMB / RHB โ lebih fleksibel untuk joint loan
- BSN โ sesuai untuk penjawat awam
- Islamic Banks โ patuh syariah & ada margin lebih tinggi
Kalau nak nasihat personalized ikut profil kewangan, saya boleh bantu. Saya ada contact terus banker yang boleh bantu semak kelayakan anda.

๐ Kelayakan Loan Rumah vs Harga Rumah: Jangan Maksimumkan 100%
Kebanyakan pembeli teruja bila tahu layak beli rumah RM350,000 โ terus cari rumah harga maksimum tu.
Tapi sebenarnya, lebih selamat beli bawah bajet โ contoh: kalau layak RM350K, cari dalam RM280Kโ300K.
Kenapa?
- Elak stres kewangan bulanan
- Boleh simpan lebihan untuk kecemasan
- Ada ruang untuk renovation atau yuran tambahan
๐ Ingat: โMampu beliโ tak sama dengan โmampu bayar bulan-bulan.โ
๐ง Tips Pro: Tingkatkan Kelayakan Loan Anda
Kalau rasa loan tak cukup tinggi untuk rumah idaman anda, cuba tips ni:
- Kurangkan komitmen โ Langsaikan hutang kecil macam kad kredit atau PTPTN
- Gabung loan dengan pasangan (joint loan) โ Naikkan jumlah kelayakan
- Pilih bank yang lebih fleksibel โ Setiap bank ada kriteria berbeza
- Guna ejen hartanah yang tahu urus banker โ Contohnyaโฆ saya la tu ๐
โ ๏ธ Kesilapan Ramai Orang Buat
- Kira loan berdasarkan gaji kasar, bukan gaji bersih
- Ambil komitmen baru sebelum mohon loan rumah
- Tak buat semakan awal, terus booking rumah
Jangan ulang kesilapan ni ya!
๐ค Nak Saya Tolong Kira Kelayakan Loan rumah Anda?
Saya Fahmy Jusoh, ejen hartanah berdaftar kawasan Kuantan & Pahang.
Saya boleh bantu anda semak kelayakan loan secara PERCUMA.
Saya juga ada hubungan baik dengan banker yang boleh bantu percepatkan proses loan.
๐ฒ Klik untuk WhatsApp saya terus: https://wa.me/60189158599
โ
Servis ikhlas, bukan hard sell
โ
Fokus bantu pembeli rumah pertama
โ
Tak layak, saya bantu plan dari sekarang
๐ Penutup
Jangan main agak-agak bila beli rumah.
Kira dulu kelayakan loan anda, baru mula survey rumah.
Dengan kiraan yang tepat, anda boleh:
- Elak pembaziran masa & duit
- Tahu range rumah ikut bajet
- Lebih yakin buat keputusan
Kalau anda rasa artikel ni membantu, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang tengah cari rumah juga.
Follow blog ni untuk lebih banyak panduan beli rumah di Malaysia, khas untuk tahun 2025 dan seterusnya!

Nak jual atau beli rumah? Jangan buat sorang-sorang!
Kenapa guna ejen hartanah?
๐ Dapat pembeli/penjual yang serius
๐ Semua urusan legal & dokumen settle
๐ฐ Dapat harga terbaik ikut pasaran
๐ WhatsApp saya sekarang โ Biar saya bantu dari A sampai Z!
