Cara Jadi Ejen Hartanah 2025: Kerjaya Fleksibel & Pendapatan Lumayan

Pernah tak anda terfikir nak cari kerja yang tak terikat 9 pagi hingga 5 petang, tapi boleh bagi pendapatan lebih besar dari kerja pejabat? Kalau ya, kerjaya sebagai ejen hartanah mungkin sesuai untuk anda. Artikel ni akan kupas tentang cara jadi ejen hartanah, kelebihan bidang ini, dan kenapa ramai yang mula ceburi kerjaya ini sebagai kerjaya utama atau sampingan.

Kerja Ejen Hartanah Ni Buat Apa Sebenarnya?

Secara ringkas, tugas utama ejen hartanah ialah bantu pemilik rumah untuk jual, sewa atau beli hartanah. Anda akan jadi penghubung antara penjual dan pembeli. Tapi jangan risau — anda tak perlu buat semua sendiri sebab anda akan diselia dan dibimbing oleh team leader atau agensi berdaftar.

cara jadi ejen hartanah
Sesi Appreciation Award Legacy Real Property Sdn Bhd untuk tahun 2024

Antara kerja harian seorang ejen hartanah:

  • Carikan pembeli untuk rumah yang nak dijual
  • Iklan rumah di portal hartanah, media sosial dan rangkaian peribadi
  • Uruskan sesi lawatan rumah (viewing)
  • Negosiasi harga antara pembeli dan penjual
  • Sediakan dokumen asas jual beli sebelum diserahkan kepada banker dan peguam

Kelebihan Jadi Ejen Hartanah

Ramai yang masih tak tahu kelebihan sebenar bila jadi ejen hartanah. Ini antara kelebihan yang buat ramai orang jatuh cinta dengan kerjaya ni:

  1. Tak Perlu Modal Besar: Anda tak perlu keluar modal besar untuk mulakan. Cukup ada telefon pintar, internet, dan semangat nak belajar.
  2. Masa Fleksibel: Anda tentukan masa anda sendiri. Sesuai untuk suri rumah, pelajar, atau mereka yang nak pendapatan sampingan.
  3. Tiada Had Gaji: Lagi banyak usaha, lagi banyak anda dapat. Komisen boleh cecah ribuan ringgit untuk satu rumah.
  4. Ilmu Hartanah: Anda akan kuasai ilmu hartanah dari pengalaman sebenar – berguna untuk pelaburan masa depan anda sendiri.
  5. Jaringan yang Luas: Anda akan berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang — pemilik rumah, pelabur, ejen bank, peguam dan ramai lagi.

Siapa Yang Sesuai Jadi Ejen Hartanah?

Kerjaya ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang:

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam apa-apa bidang
  • Suka berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai
  • Mahu jana pendapatan tanpa had
  • Boleh kerja sendiri dengan bimbingan
  • Tiada pengalaman? Tak apa, latihan akan disediakan

Tak kira anda seorang graduan baru, penjawat awam, pesara, pelajar atau suri rumah — kerjaya ini boleh disesuaikan ikut gaya hidup anda.

aktiviti coaching oleh ceo legacy real property sdn bhd sendiri di pejabat cawangan kuantan

Berapa Gaji Seorang Ejen Hartanah?

Ejen hartanah tidak dibayar gaji tetap. Pendapatan anda datang dari komisen jual beli. Untuk rumah bernilai RM300,000, komisen biasa ialah 3%, iaitu RM9,000. Jika anda berjaya jual 2 rumah sebulan, anda boleh jana RM18,000!

Malah, ada ejen full-time yang konsisten jana RM10,000 hingga RM30,000 sebulan. Lihat sendiri kisah kejayaan ejen hartanah di PropertyGuru.

Kenapa Sertai Kami Sebagai Ejen Hartanah?

Saya sedang mencari individu yang berminat nak jana pendapatan dalam bidang hartanah — sama ada sepenuh masa atau sambilan. Di bawah pasukan saya, anda akan dapat:

  • Latihan penuh dari A-Z walaupun anda tiada pengalaman
  • Tools pemasaran online disediakan (template iklan, database prospek, dan banyak lagi)
  • Bimbingan satu-satu secara mingguan
  • Sistem kerja yang mudah, terbukti berkesan

Kami adalah agensi berdaftar, sah di sisi undang-undang, dan telah bantu ramai individu ubah hidup melalui kerjaya ini.

Macam Mana Nak Mula?

Mudah je. Klik butang WhatsApp di bawah dan saya akan bantu anda dari mula:

Saya Berminat Jadi Ejen Hartanah

Atau anda boleh isikan borang permohonan ini dan saya akan hubungi anda dalam masa 24 jam.

Ingat, kerjaya ejen hartanah ni bukan untuk orang yang nak kaya cepat — tapi sangat sesuai untuk orang yang rajin, suka cabaran dan nak ubah hidup secara progresif.

Penutup

Sekarang anda dah tahu cara jadi ejen hartanah dan apa sebenarnya kerja ejen hartanah. Jika anda tengah tercari-cari peluang pendapatan yang fleksibel dan lumayan, inilah masanya untuk cuba bidang ni. Sertai kami dan kami akan bantu anda sampai jadi.

“Kalau orang lain boleh, anda pun boleh.”

cara jadi ejen hartanah
cara jadi ejen hartanah

Antara aktiviti luar yang dijalankan bersama keluarga ejen hartanah Legacy Real Property Sdn Bhd

Soalan Lazim (FAQ): Cara Untuk Jadi Ejen Hartanah

1. Apa maksud jadi ejen hartanah?

Jadi ejen hartanah bermaksud anda menjadi wakil yang sah untuk membantu urusan jual beli atau sewaan hartanah seperti rumah, kedai, tanah dan sebagainya, bagi pihak pemilik atau pembeli.

2. Perlu ada kelulusan khas ke untuk jadi ejen hartanah?

Ya, untuk jadi ejen hartanah berdaftar (REN), kelayakan minima adalah sijil atau diploma dalam mana-mana bidang.

3. Boleh tak saya jadi ejen hartanah secara part time?

Boleh. Ramai yang mulakan kerjaya sebagai ejen hartanah secara sambilan (part time) sebelum beralih sepenuh masa apabila pendapatan makin stabil.

4. Apa syarat untuk daftar sebagai ejen hartanah?

Untuk daftar sebagai ejen hartanah, anda perlu berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia, dan tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah atau kebankrapan. Memiliki sekurang-kurangnya sijil atau diploma dari mana-mana institusi pendidikan.

5. Perlu ada lesen ke untuk jadi ejen hartanah?

Ya. Ejen hartanah perlu berdaftar dengan LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta) untuk mendapatkan kelulusan sebagai ejen yang sah.

6. Berapa modal nak jadi ejen hartanah?

Untuk permulaan, modal untuk jadi ejen hartanah adalah sangat rendah. Anda hanya perlu sediakan kos asas seperti telefon pintar, data internet, dan pengangkutan. Yuran Negotiator Certification Course (NCC) sebanyak RM650 dan yuran agensi RM250 sekali seumur hidup selagi aktif.

7. Gaji atau komisen ejen hartanah macam mana?

Ejen hartanah dibayar berdasarkan komisen, biasanya 3% daripada harga jualan hartanah. Lagi banyak jualan, lagi tinggi pendapatan.

8. Ada tak peluang jadi ejen hartanah tanpa pengalaman?

Ya, ramai agensi hartanah menerima ejen baru tanpa pengalaman. Anda akan diberi bimbingan dan latihan sepanjang proses untuk jadi ejen hartanah yang berjaya.

9. Macam mana nak mula jadi ejen hartanah (REN)?

Langkah pertama adalah cari agensi hartanah yang aktif dan sertai mereka sebagai REN (Real Estate Negotiator). Anda akan dapat latihan dan ID REN selepas menghadiri kursus 2 hari oleh LPPEH. Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau klik butang whatsapp di sebelah kanan. 

10. Apa kelebihan jadi ejen hartanah?

Kelebihan jadi ejen hartanah ialah fleksibiliti masa, potensi pendapatan tanpa had, dan peluang untuk bina kerjaya sendiri. Ia juga membolehkan anda bantu orang lain memiliki rumah impian mereka.

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik