Hartalaris https://hartalaris.com Perunding Hartanah Kuantan Tue, 04 Oct 2022 09:37:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.1.1 Apa yang anda perlu tahu sebelum beli rumah secara pinjaman https://hartalaris.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-ingin-membeli-rumah-secara-pinjaman/ https://hartalaris.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-ingin-membeli-rumah-secara-pinjaman/#respond Tue, 04 Oct 2022 06:35:12 +0000 https://hartalaris.com/?p=2420 Perkara ni wajib korang tahu sebelum korang nak beli rumah secara pinjaman. Tak kisah samada pinjaman bank tempatan atau LPPSA (pinjaman kakitangan kerajaan)..1) Kerja tetap. Jika baru bekerja, tunggu sehingga tetap. Biasanya 3-6 bulan. Tetapi ada sesetengah bank menerima permohonan government staff yang berstatus kontrak dan telah berkhidmat lebih 6 bulan. Untuk kes LPPSA, pastikan […]

The post Apa yang anda perlu tahu sebelum beli rumah secara pinjaman first appeared on Hartalaris.

]]>
Perkara ni wajib korang tahu sebelum korang nak beli rumah secara pinjaman. Tak kisah samada pinjaman bank tempatan atau LPPSA (pinjaman kakitangan kerajaan).
.
1) Kerja tetap. Jika baru bekerja, tunggu sehingga tetap. Biasanya 3-6 bulan. Tetapi ada sesetengah bank menerima permohonan government staff yang berstatus kontrak dan telah berkhidmat lebih 6 bulan. Untuk kes LPPSA, pastikan korang dah dapat surat pengesahan jawatan dulu ya.
.
2) Pastikan gaji masuk ke akaun bank sama dengan penyata gaji. Bank akan minta penyata gaji dan penyata bank untuk melihat samada gaji bulanan masuk ke dalam akaun bank anda.
.
3) Semak penyata KWSP. Pastikan majikan mencarum ke akaun KWSP anda dengan tepat. Tak boleh ada yang skip bayaran.
.
4) Buat bayaran bulanan hutang yang lain pada masa yang telah ditetapkan. Jangan ada tertangguh bayaran kerana akan merosakkan scoring dalam CCRIS. Untuk CTOS pun sama. Sekarang banyak bank yang akan rujuk CTOS korang sebelum meluluskan pinjaman.
.
5) Minimumkan bilangan kad kredit dan guna secara bijak. Dan pastikan korang buat bayaran seperti yang diarahkan ya.
.
6) Baki Simpanan setiap akhir bulan perlu ada dan nilainya bukanlah sangat sedikit. Simpan sedikit baki akaun supaya bank tahu anda mampu untuk bayar pinjaman daripada mereka.
.
7) Bayar income tax tahunan (jika ada). Yang ni penting ya.
.
.
Nak ju.al/be.li rumah? Hubungi saya sekarang.
.
Fahmy Jusoh
018.915.8599
REN 48787
Legacy Real Property Kuantan
Rate this post

The post Apa yang anda perlu tahu sebelum beli rumah secara pinjaman first appeared on Hartalaris.

]]>
https://hartalaris.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-ingin-membeli-rumah-secara-pinjaman/feed/ 0
Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) https://hartalaris.com/permohonan-rumah-skim-jaminan-kredit-perumahan-sjkp/ https://hartalaris.com/permohonan-rumah-skim-jaminan-kredit-perumahan-sjkp/#respond Sat, 24 Jul 2021 11:08:15 +0000 https://hartalaris.com/?p=1840 Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP. Dan menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini. […]

The post Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) first appeared on Hartalaris.

]]>
Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

skim jaminan kredit perumahan

Dan menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini.

Terbaru, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

Tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Tujuan penubuhannya adalah bagi mengatasi masalah kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tempoh pembiayaan perumahan Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP ini sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Proses Permohonan

Proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

skim jaminan kredit perumahan 1
skim jaminan kredit perumahan 2

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman kurang 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atau “klik di sini“.

Anda juga boleh buat semakan kelayakan jumlah pinjaman dengan menggunakan kalkulator ini sebelum anda mendaftar Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP ini.

PENGUMUMAN

Kami ingin menasihati orang ramai bahawa SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.

Rate this post

The post Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) first appeared on Hartalaris.

]]>
https://hartalaris.com/permohonan-rumah-skim-jaminan-kredit-perumahan-sjkp/feed/ 0
Cara Awesome Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Gaji Kecil https://hartalaris.com/cara-beli-rumah-pertama-dengan-gaji-kecil/ https://hartalaris.com/cara-beli-rumah-pertama-dengan-gaji-kecil/#respond Sat, 24 Jul 2021 07:01:06 +0000 https://hartalaris.com/?p=1814 Nak beli rumah pertama, tapi rasa macam gaji terlalu kecil? Jangan risau, kami ada sediakan panduan ni untuk menolong anda, siap dengan kira-kira asas dan senarai skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia. Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama. Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset […]

The post Cara Awesome Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Gaji Kecil first appeared on Hartalaris.

]]>
Nak beli rumah pertama, tapi rasa macam gaji terlalu kecil? Jangan risau, kami ada sediakan panduan ni untuk menolong anda, siap dengan kira-kira asas dan senarai skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia.
cara beli rumah pertama dengan gaji kecil

Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama.

Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya.

Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil.

Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji.

Seterusnya kami akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.

Berdasarkan Gaji, Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?

Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.

Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).

Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah:

Gaji Kasar x 30 x 100

Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!

Anda boleh gunakan kalkulator ini untuk mengagak jumlah pinjaman rumah pertama yang anda boleh mohon.

pinjaman rumah pertama

Rumah Pertama Macamana Yang Anda Mampu Beli?

Kalau nak senang sikit, bolehlah gunakan kalkulator ini untuk mengagak harga rumah pertama yang anda mampu miliki tu.

Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.

Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000.

Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!

Semak Juga Kalau Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik!

hartalaris.com - rumah pertama

Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang/ Debt Service Ratio (DSR).

Penting tau untuk anda jaga ni, kerana bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.

Nisbah ni tidak tetap, dan bergantung pada terma setiap bank yang akan melihat individu yang datang untuk memohon pinjaman. Biasanya, anda kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.

Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).

Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan:

  • Semua pinjaman/kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
  • Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan

Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat?

Sekarang kita dah tahu jumlah pinjaman macam mana yang anda layak, dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar.

Tapi ada banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah pertama, termasuklah:

1) Yuran tempahan (booking fee)

Untuk menyatakan niat anda untuk membeli rumah pertama tersebut, anda kena bayar yuran tempahan terlebih dahulu.

Yuran tempahan ni biasanya sebanyak 2%-3% jumlah pinjaman. Katakanlah yuran ini berharga RM5,000, anda kena sediakan wang tersebut dalam bentuk tunai.

2) Bayaran pendahuluan (down payment)

Bila anda tanda tangan surat perjanjian jual beli (SPA), anda perlu bayar 10% daripada jumlah pinjaman.

Anda boleh tolak jumlah yuran tempahan tadi daripada downpayment ni.

Dengan rumah berharga RM170,000 tadi, ini bayaran downpayment yang anda perlu sediakan dalam tunai:

RM170,000 x 10/100 – RM5,000 = RM12,000

3) Memorandum Pemindahan (MoT)

Di sini akan ada duti setem untuk memindahkan hak milik kepada nama anda. Inilah caj yang akan dikenakan:

  • 1% bagi RM100,000 yang rumah pertama
  • 2% bagi RM400,000 yang seterusnya
  • 3% bagi jumlah yang tinggal

4) Yuran guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)

  • 1% bagi RM150 ribu yang pertama
  • 7% bagi jumlah yang tinggal (bagi rumah di bawah RM1 juta)

Selain itu, akan ada caj tambahan, seperti berikut

  • Stamping untuk SPA: Biasanya dalam ratusan Ringgit
  • Duti setem untuk pinjaman: 5% daripada jumlah pinjaman
  • Yuran guaman untuk perjanjian pinjaman: Biasanya dalam ratusan Ringgit
  • Yuran pemindahan hak milik: Biasanya dalam ratusan Ringgit

Apa Rumah Mampu Milik Yang Anda Boleh Mohon?

Apa Rumah Pertama Mampu Milik Yang Anda Boleh Mohon?

1) Skim Rumah PR1MA

Di peringkat persekutuan, Rumah PR1MA adalah satu skim yang dilancarkan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dalam pasaran yang semakin mahal.

Rumah PR1MA disediakan di setiap negeri, dengan harga RM100,000 hingga RM400,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ataupun berkahwin berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah (sama ada bujang ataupun pasangan berkahwin) antara RM2,500 hingga RM15,000
  • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

2) Johor

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) adalah menawarkan rumah bernilai RM40,000 hingga RM150,000. Kebanyakan rumah datang dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Telah tinggal di Johor selama 10 tahun
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan berkahwin
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri
  • Gaji kasar bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan
  • Pemohon yang sudah ada rumah pertama yang dikira sebagai rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak layak

3) Melaka

Lembaga Perumahan Melaka menawarkan rumah mampu milik berharga sekitar RM150,000 hingga RM400,000, dengan keluasan sekitar 1,000 kaki persegi.

Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Gaji kasar tidak melebihi RM5 ribu sebulan
  • Sekiranya bujang, anda perlu berumur 20 tahun ke atas untuk memohon

4) Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP).

Buat masa sekarang, laman rasmi bagi bahagian perumahan adalah tidak berfungsi, namun anda boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk sebarang pertanyaan!

5) Selangor

Rumah SelangorKu menawarkan rumah berharga RM40,000 hingga RM250,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tinggal di Selangor
  • Gaji kasar bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM8,000
  • Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 5 tahun pertama

6) Pahang

Terdapat beberapa skim yang ditawarkan oleh kerajaan Pahang, termasuklah Projek Rumah Makmur dan Rumah Kos Sederhana Rendah.

Antara syarat-syarat am yang dikenakan bagi skim-skim ini:

  • Warganegara Malaysia yang tinggal di Pahang selama 5 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Tidak boleh memiliki rumah sedia ada di bawah nama pemohon ataupun pasangan
  • Bukan di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula

Anda boleh semak laman kerajaan ini untuk maklumat lanjut.

7) Perak

Rumahku Aman Jaya adalah skim rumah mampu milik yang disediakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Buat masa ini, anda boleh dapatkan rumah pertama sekitar RM130,000 hingga RM480,000.

8) Terengganu

Rumah Mampu Milik (RMM) atau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPPM) boleh didapati di sekitar Terengganu meliputi daerah Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang.

Antara antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Terengganu
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah pertama
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
  • Bagi pemohon dan pasangan yang merupakan penjawat awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Isteri kedua/ketiga/keempat layak memohon sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500

Anda boleh semak laman ini untuk melihat setiap jenis rumah yang ditawarkan.

9) Kelantan

Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) menyediakan rumah berharga sekitar RM80,000 hingga RM130,000.

Malangnya buat masa kini, tiada sebarang laman rasmi buat skim ini, namun anda boleh hubungi kerajaan negeri untuk membuat pertanyaan.

10) Kedah

Rumah Mesra Rakyat SPNB ditawarkan daripada harga RM45,000 hingga RM65,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Pendapatan isi rumah kasar bulanan sekitar RM750 hingga RM3,000
  • Tanah yang mahu didirikan rumah jenis ini mestilah milik anda (yang tiada sebarang sekatan atau pun gadaian) ataupun tanah milik orang lain yang telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada tuan tanah
  • Luas tanah tersebut mesti sekurang-kurangnya 2,800 kaki persegi
  • Masih tiada rumah lagi, ataupun rumah pertama yang sedia ada sudah usang dan rosak teruk

11) Pulau Pinang

Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan rumah mampu milik daripada RM42,000 sehingga RM300,000.

Syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan jenis rumah yang anda pilih, dan anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

12) Perlis

Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai rumah mampu milik di Perlis adalah di bawah rumah PR1MA sahaja.

13) Sabah

Kerajan negeri Sabah menawarkan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat golongan pendapatan rendah, dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000.

Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk asal Sabah
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Bukan kakitangan kerajaan
  • Pendapatan isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500
  • Pemohon belum mempunyai rumah pertama sendiri
  • Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran
  • Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful)

14) Sarawak

Rumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak menawarkan rumah berharga RM50,000 hingga RM100,000.

Buat masa ini laman tersebut masih menanti kemas kini, namun anda boleh hubungi mereka untuk dapatkan maklumat lanjut.

15) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan

Residensi Wilayah adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Hartanah dalam skim ni berharga RM300,000 ke bawah.

Antara syarat-syarat yang dikenakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Telah tinggal di Wilayah Persekutuan selama tiga tahun
  • Gaji bulanan tidak melebih RM10,000. Bagi pasangan berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000
  • Tidak boleh memiliki sebarang rumah di kawasan wilayah tersebut
  • Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 10 tahun pertama
  • Rumah ini haruslah digunakan untuk kediaman sendiri dan tidak boleh disewa melainkan dengan kebenaran kerajaan persekutuan
  • Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang tinggal berdekatan kawasan projek tersebut

Selamat beli rumah! 

Kredit asal: Propertyguru

Rate this post

The post Cara Awesome Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Gaji Kecil first appeared on Hartalaris.

]]>
https://hartalaris.com/cara-beli-rumah-pertama-dengan-gaji-kecil/feed/ 0
6 Langkah Pelaburan Hartanah Paling Powerful & Evergreen https://hartalaris.com/teknik-pelaburan-hartanah-paling-powerful-evergreen/ Sat, 24 Jul 2021 05:35:05 +0000 https://hartalaris.com/?p=1797 Hari ini saya ingin kongsikan ‘RAHSIA BESAR’ dalam pelaburan hartanah. (Kononnya, sebenarnya saya gatal tangan nak guna ayat gempak marketing macam ni) Orang kata teknik ini boring dan lapok, OLD SCHOOL. Tapi teknik pelaburan hartanah yang boring inilah yang paling selamat dan power. Ramai yang telah menjadi jutawan senyap kerana teknik ini. Boleh diguna pakai […]

The post 6 Langkah Pelaburan Hartanah Paling Powerful & Evergreen first appeared on Hartalaris.

]]>
Hari ini saya ingin kongsikan ‘RAHSIA BESAR’ dalam pelaburan hartanah. (Kononnya, sebenarnya saya gatal tangan nak guna ayat gempak marketing macam ni)
6 langkah pelaburan hartanah

Orang kata teknik ini boring dan lapok, OLD SCHOOL. Tapi teknik pelaburan hartanah yang boring inilah yang paling selamat dan power. Ramai yang telah menjadi jutawan senyap kerana teknik ini. Boleh diguna pakai tak kira masa ekonomi naik atau pun turun.

Kita manusia memang senang tertarik kepada benda yang kita nampak komplikated. Padahal itulah yang bahaya sebab kita melabur atas benda yang kita tidak faham.

Bak kata pelabur terkenal, “If investing is entertaining, if you’re having fun, you’re probably not making any money. Good investing is boring.”So, here goes, semoga memberi manfaat.

LANGKAH 1 – KUKUHKAN KEWANGAN

Pastikan anda sentiasa mempunyai lebihan pendapatan.

Pendapatan – Perbelanjaan = Lebihan

Focus yang ini dulu. Sama ada usaha untuk dapatkan lebih pendapatan atau kurangkan perbelanjaan atau kedua-duanya sekali.

Dengan lebihan tadi, kumpul duit modal untuk membeli hartanah. Kalau dah ada simpanan lebih kurang RM20,000 dah cukup dah nak buat modal beli hartanah. Duit simpanan ni juga boleh ambil kira Akaun 2 KWSP.

Kadang-kadang, dapat bonus dari majikan ataupun rezeki terpijak, ini pun boleh mempercepatkan proses mengumpul modal.

JANGAN PINJAM.

Pinjam ni jalan mudah. Kuasai dulu kemahiran menguruskan kewangan dengan mempunyai lebihan dari pendapatan secara berterusan. Cara ini walaupun ambil masa dan kurang mudah, adalah lebih baik

LANGKAH 2 – KENALPASTI KAWASAN PELABURAN HARTANAH DAN SET BUDGET MENGIKUT KESESUAIAN MODAL & KAWASAN PELABURAN

Familiarity is the key. Pilih kawasan yang anda sangat familiar. Boleh pilih kawasan baru jika rajin untuk menkaji dan membiasakan diri dengan kawasan tersebut.

Selepas itu, sesuaikan budget dengan jenis rumah yang hendak dibeli. Contohnya.

Kawasan pelaburan hartanah Petaling Jaya, budget RM300,000 nak cari rumah landed. Ini tidak realistik. Jika anda familiar dengan kawasan, anda sendiri pun tahu ini hampir mustahil untuk dapat. Jadi kita boleh ubah untuk membeli apartment.

Di tahap ini, untuk buat budget yang lebih comprehensive, kita perlu ambil kira kos guaman dan kos wang pendahuluan.

Kos pendahuluan selalunya 10% dari harga rumah. Kalau ada modal RM20,000 maksudnya harga rumah adalah dalam lingkungan RM100k ke RM130k.

10% Downpayment = RM13,000

Kos Guaman (S&P) = RM 2,900 (Anggaran)

Kos Guaman (Loan) = RM 600 (Anggaran)

Total = RM16,500

LANGKAH 3 – CARI TIM PROFESSIONAL SENDIRI (BANKER & PEGUAM)

Benda free je hantar dokumen pada banker untuk check kelayakan pinjaman dan cari juga peguam yang boleh dipercayai.

Renyah dan boring kan.

Tapi bila kita buat step ini barulah kita tidak tertipu dan lebih bersedia untuk buat keputusan.

pelaburan hartanah pelabur hartanah

LANGKAH 4 – BARULAH BOLEH MULAKAN PENCARIAN PELABURAN HARTANAH YANG POWER

Ini step paling exciting. Ingat formula ini .

Beli sekurang-kurangnya 20% lebih rendah dari BANK VALUATION yang terendah pada masa itu.

Contohnya,

Valuation Bank A – RM150,000

Valuation Bank B – RM140,000

Valuation Bank C – RM145,000

Harga beli sebaik-baiknya ; 80% dari RM140,000 = RM112,000.

Mahal sikit beberapa ribu pun tak pe. Jangan lurus sangat pulak. Kalau dapat lagi murah dari RM112,000 lagi okay, tapi jangan sampai aniaya orang. Nak jadi pelabur hartanah berjaya pun jangan lah sampai hati kering.

Mana cari good deal ni?

Ada jer kat property portal ni. Kena rajin cari dan buat homework.

Paling senang cari unit lelong. Tapi saya cadangkan belajar dulu serba sedikit pasal beli rumah lelong ni. Banyak saja buku yang boleh di baca.

Make sure juga property yang nak dibeli ni, tinggi permintaan untuk disewa. Dan sewaan itu mesti boleh cover instalment bank.

Kata lah, harga beli tadi RM115,000 (Bank Valuation paling murah RM140,000)

Pinjam 90% = RM103,500

Instalment bank = RM436.36 (Based on 30 years, interest rate 3%)

Boleh sewa RM600, lebihan sewaan = RM163.64

Recap balik Langkah 4, bila nak cari hartanah pasti kan :

1. 20% below the lowest bank valuation or more

2. Rate sewa semasa boleh cover bank instalment.

LANGKAH 5 – REPAIR DAN RENOVATE SIKIT

Bila dah berjaya beli, repair la rumah mana yang patut, carilah penyewa. Pastikan semua urusan, simpan dokumen berkaitan. Declare income dan bayar cukai pendapatan atas sewaan.

Ada yang pada tahap ni, renovate rumah cantik untuk naik kan value. Ini pun okay juga terutama jika dapat beli 30% ke 40% below market. Pelabur hartanah yang suka buat ini, margin of profit nya selalu lebih tinggi. Sekurang-kurangnya memberi nilai yang lebih kepada penyewa atau pembeli seterusnya.

LANGKAH 6 – ULANG BALIK SEMUA LANGKAH DIATAS

Ulanglah Langkah 1 hingga 6 berulang2 sampai anda capai financial goal anda.

Bila dah ada cukup portfolio baru lah pergi upgrade ilmu mcmana nak maximise portfolio. Insya Allah, kalau ikut cara ini, journey pelaburan hartanah anda lebih stabil, tersusun & senang diuruskan.

Walaupun ilmu pelaburan hartanah ni diberi percuma tidak bermakna ianya tidak berharga. Kalau saya nak charge buat kelas pun boleh sebenarnya. Tapi saya lebih berminat untuk memastikan lebih ramai pelabur hartanah guna teknik yang lebih selamat. Dalam jangka masa panjang, ini adalah baik untuk industry hartanah. Harga rumah tidak akan naik mahupun turun dengan mendadak. Dan pada setiap kenaikan itu adalah disebabkan oleh fundamental yang kukuh.

Pembelian untuk primary market sebaik-baiknya untuk kegunaan sendiri. Kalau nak melabur juga dalam primary market, kena bersedia untuk pegang hartanah dalam suatu jangka masa yang lama. Bila saya kata bersedia tu, maksudnya, ambil kira worst case scenario dimana, kena pegang tanpa penyewa. Kalau dapat penyewa tu kira bonus sahaja.

Seperti mana-mana ilmu, buat tu adalah lebih penting. Jika perlukan guidance, boleh jer reach out any investors yang pernah gunakan teknik pelaburan hartanah yang sama. Most super senior REN/REA pun boleh bantu sebenarnya. Tak perlu bayar mahal pun untuk ilmu ni. Sebab hakikatnya there is NO SHORTCUT TO SUCCESS.

Now, is a good time to hunt for GOOD PROPERTIES, cuma bank valuation tu agak mencabar sikit. Jika anda familiar dengan kawasan tu dan aware market value sebelum PKP, boleh la diskaun sikit bank valuation yang rendah sangat tak masuk akal.

Good luck. All the best!

Dijamin :

ZERO Markup

ZERO Multisubmission

ZERO Cashback

100% HALAL

Kredit asal penulis: Rina Zaabar

Rate this post

The post 6 Langkah Pelaburan Hartanah Paling Powerful & Evergreen first appeared on Hartalaris.

]]>