fbpx

Soalan lazim mengenai hartanah (FAQs)

Soalan mengenai beli hartanah

Margin loan adalah percentage (%) amount pinjaman bank yang akan diberikan kepada pembeli. Pemberian margin ini bergantung kepada status jumlah pinjaman yang telah dibuat.

Formula margin :

% margin X harga rumah = Jumlah Loan bank

  • Pinjaman rumah pertama : 90% margin
  • Pinjaman rumah kedua : 90% margin
  • Pinjaman rumah ketiga : 70%

Contoh pembelian rumah harga RM 500,000

Margin 90% : RM 500,000 X 90% = RM 450,000

Jumlah pinjaman adalah RM 450,000 sahaja. Kebiasaanya bank akan masukkan sekali jumlah caj penilaian dan insuran dalam pinjaman. 

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran akaun 2 untuk kegunaan pembelian atau pembiayaan hartanah. 

Setelah perjanjian jual-beli (Sales & Purchase Agreement) sudah siap, pembeli boleh bawa SPA tersebut ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pengeluaran pembelian rumah. 

Beli rumah dengan ejen hartanah berdaftar sahaja. Atau pastikan agensi hartanah tersebut wujud dan anda boleh membuat semakan nama syarikat agensi dan ejen hartanah itu di laman carian LPPEH.

Tidak perlu – PERCUMA. Anda hanya perlu bayar kepada ejen hartanah apabila anda ingin menjual hartanah sahaja.

Yuran guaman adalah mengikut jadual seperti berikut;

HARGA RUMAHYURAN GUAMAN (%)
RM 500,000 pertama1%
RM 500,001-RM 1 Juta0.8%
RM 1 Juta – RM 3 Juta0.7%
RM 3,000,001-RM 5 Juta0.6%
RM 5 Juta ke atas0.5%

Sebagai contoh anda membeli rumah berharga RM 750,000, anda perlu membayar kos seperti berikut ;

(First RM500,000 X 1%) + (Next RM250,000 X 0.8%) 
= RM5,000 + RM2,000 
= RM7,000

Jumlah yang perlu di bayar adalah RM 7,000

Selain kos ini, firma guaman juga akan membuat cas tambahan seperti kos transport, kos carian pejabat tanah, kos printing, service tax dan sebagainya.

Stamp Duty juga akan di masukkan di dalam finale quotation oleh firma guaman.

  1. Booking 3.18%
  2. Mohon pinjaman bank
  3. Selepas loan lulus, lantik peguam untuk mewakili anda
  4. Tanda tangan perjanjian jual-beli (SPA)
  5. Semasa proses tandatangan, Bawa baki deposit 6.82% beserta yuran guaman
  6. Peguam mulakan urusan pindah nama
  7. Selepas selesai, Anda akan dipanggil untuk serahan kunci oleh peguam
  8. Tahniah! Dah boleh masuk rumah baru.

Nampak macam rumit je proses ni? Jangan risau, izinkan kami bantu anda. PERCUMA!

Bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Jika beli rumah Subsale (rumah atas tangan), Maka deposit yang diperlukan ialah 10%*. Jumlah booking sebanyak 3.18% adalah termasuk dalam deposit awal. Jadi selebihnya, 6.82% perlu disediakan semasa tandatangan perjanjian jual-beli. (SPA)

Jika rumah baru (developer project), bergantung kepada pakej pemaju, kebanyakan projek menawarkan zero deposit atau low deposit (2-3%).

Soalan mengenai jual hartanah

Anda boleh merujuk ejen hartanah untuk memberi pandangan dan gambaran berkenaan market value di kawasan tempat anda tinggal.

Anda boleh isi borang ringkas ini untuk semakan harga pasaran. atau terus hubungi saya di talian  +6018.915.8599

Standard komisyen atau agency fee yang tertakluk kepada undang-undang adalah 3% daripada harga jual (belum masuk 6% SST). 6% SST adalah daripada jumlah 3% fee.

Contoh :
Harga Rumah RM 200,000
3% Fee : RM 200,000 x 3% = RM 6,000
6% SST : RM 6,000 x 6% = RM 360
Jumlah Agency Fee : RM 6,360 sahaja. Tiada caj tersembunyi yang lain. 

Bergantung kepada status hakmilik rumah anda dan keadaan semasa. Jangkaan seperti berikut

STATUSESTIMATES TIME
Leasehod6 bulan
Freehold4 bulan
Rate this page

Compare listings

Compare
Buka Whatsapp
1
Powered by hartalaris.com
Hi, ada apa yang boleh saya bantu? Klik butang kat bawah ni ya :)